Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Akui kurang menyerlah

    Setiap anak seni pasti mendambakan nama dan karya yang dihasilkan bergerak seiring. Namun, ada ketika, apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan apabila segelintir terpaksa akur karya mereka lebih diperkatakan berbanding empunya diri.

    Situasi itu turut dirasai bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia 2014, Aman Aziz. Penyanyi yang berasal dari Klebang, Melaka itu akur, namanya kurang menyerlah berbanding lagu nyanyiannya.

    Meskipun sudah tujuh tahun berusaha memahat nama lebih kukuh dalam industri hiburan, penyanyi lagu Sulit itu menerima kenyataan, lagu nyanyiannya lebih diperkatakan berbanding dirinya.

    Situasi itu, kata Aman belum membuatnya terdesak untuk menaikkan nama hingga terpaksa melakukan perkara negatif yang boleh menconteng arang pada wajah keluarga.

    “Saya tidak nafikan kenyataan, nama saya kurang menyerlah berbanding lagu yang saya rakamkan. Cuma, selepas lebih tujuh tahun dalam industri hiburan, sudah tiba masanya khalayak mengenali siapa empunya lagu.

    Menurut Aman boleh saja dia mengambil jalan mudah untuk dikenali dengan mencipta kontroversi panas. – Agensi

    “Saya tidak tahu di mana silap hingga ramai yang belum begitu mengenali Aman Aziz. Mujur dengan adanya aplikasi TikTok, selain banyak memuat naik kandungan rakaman semula lagu popular, ramai yang mula memberi perhatian.

    “Mereka mula mengambil tahu dan mencari informasi mengenai penyanyi di sebalik lagu yang dirakamkan semula itu,” katanya.

    Menurut Aman atau nama sebenarnya, Mohammad Razman Abdul Aziz, 29, boleh saja dia mengambil jalan mudah untuk dikenali dengan mencipta kontroversi panas.

    “Namun, pendirian saya kuat kerana banyak air muka yang perlu dijaga. Memang saya sudah mempersiapkan mental untuk berdepan apa saja kontroversi, tetapi ahli keluarga belum tentu boleh menerimanya.

    “Jika kontroversi yang datang berkaitan kerjaya, saya masih boleh menerimanya. Tetapi, jika melibatkan perkara yang mungkin mengaibkan diri dan keluarga, minta dijauhkanlah,” katanya. Aman turut mengakui, dia seorang yang berjiwa halus. Biarpun perwatakannya kelihatan ceria, Aman sebenarnya sering melayani lagu-lagu patah hati. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...