Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS sekat urus niaga minyak Iran

    WASHINGTON, 7 JULAI – Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berkata mereka telah membekukan aset ahli-ahli rangkaian antarabangsa kerana melanggar perintah sekatan minyak di Tehran dengan menjual produk petrokimia yang bernilai jutaan dolar tersebut ke Asia Timur.

    Sekatan tersebut menyasarkan firma petrokimia Iran dan disyaki syarikat-syarikat di China serta dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE), syarikat milik kerajaan Iran dan Triliance, sebuah syarikat yang beroperasi di Hong Kong melanggar sekatan tersebut kerana berurus niaga dengan Iran.

    Terdahulu, Washington melaksanakan sekatan berkenaan ke atas syarikat petrokimia Iran pada pertengahan Jun, termasuklah broker dari China dan India, memberi tekanan di tengah-tengah kebuntuan dalam rundingan bagi memulihkan perjanjian 2015 untuk mengekang program nuklear Iran.

    “Ketika AS berusaha untuk mencapai perjanjian dengan Iran yang mencari pulangan bersama untuk mematuhi Pelan Tindakan Komprehensif Bersama, kami akan terus menggunakan kesemua kuasa untuk menguatkuasakan sekatan tersebut,” kata perbendaharaan itu, yang merujuk kepada perjanjian nuklear.

    Pengumuman yang dibuat hari ini adalah berikutan dengan lawatan Presiden Joe Biden pada minggu depan ke Israel dan Arab Saudi, dalam usaha untuk mencegah ancaman nuklear dari Iran, di mana ia akan menjadi agenda penting dalam lawatan tersebut.

    Sementara itu, sekatan berkenaan juga dikenakan kepada broker China, Jeff Gao dan warga India, Mohammad Shaheed Ruknooddin Bhore atas tuduhan menguruskan perniagaan untuk Triliance. – AFP

    Perbendaharaan AS membekukan aset ahli-ahli rangkaian antarabangsa kerana melanggar perintah sekatan minyak di Tehran, menjual produk petrokimia tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...