Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Penguin Magellanic tertua mati pada usia 40 tahun

    SAN FRANCISCO, 7 JULAI – Seekor penguin Magellanic tertua di Taman Zoo San Francisco, antara penguin tertua yang pernah dijaga oleh manusia di seluruh dunia, mati pada usia 40 tahun, menurut laporan zoo tersebut.

    Anggaran usia bagi penguin jantan itu yang diberi panggilan Kapten Eo, melebihi jangka hayat bagi spesies tersebut yang sepatutnya bertahan dari 20 hingga 30 tahun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh zoo berkenaan.

    Kapten Eo diberikan sempena filem pendek Michael Jackson pada 1980an yang menjadi tarikan di Disneyland dan ia adalah anggota terakhir dalam koloni penguin Magellanic di zoo itu.

    Haiwan tersebut kehilangan deria penglihatan dan pendengarannya ketika ia semakin menua dan memerlukan cara khas untuk memberinya makan, kata zoo tersebut.

    Tempat asal penguin Magellanic adalah di Amerika Selatan. Ia boleh membesar sehingga lebih 2 kaki tinggi dan berat yang boleh mencecah 6.4 kilogram. Kapten Eo tiba di zoo tersebut pada 1984, apabila 52 ekor penguin Magellanic liar dibawa untuk dihimpunkan dengan koloni haiwan tersebut di Pulau Penguin, satu tempat yang dilengkapi dengan kolam besar dengan landskap yang menyamai dengan habitat asal haiwan tersebut, menurut zoo itu.

    Personaliti Kapten Eo yang nampak seperti “seorang lelaki tua yang memiliki budi bahasa,” kata penolong kurator burung zoo tersebut, Quinn Brown dalam satu kenyataan.

    “Ia tidak seperti haiwan lainnya yang mencuri ikan dari haiwan lain, ataupun merebut ikan dalam keadaan sesak, tetapi, ia akan duduk dengan senyap dan menunggu gilirannya untuk makan, kemudian keluar untuk berenang ataupun kembali ke tempatnya,” kata Brown, “Ia lain daripada yang lain.” – AP

    Penguin Magellanic dengan panggilan Kapten Eo di taman zoo San Francisco. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...