Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    AS siasat laporan kemalangan kenderaan autonomi

    DETROIT, 29 MAC – Pengeluar sistem kenderaan autonomi kecil mungkin berdepan masalah dengan pengawal selia keselamatan lebuh raya Amerika Syarikat (AS) mengenai tempoh masa yang telah berlalu sebelum ia melaporkan kemalangan salah satu kenderaan ujiannya pada musim luruh lalu.

    Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan berkata dalam dokumen yang dikeluarkan kelmarin bahawa ia sedang menyiasat laporan Pony.ai tentang nahas pada 28 Oktober di Fremont, California, kira-kira dua minggu selepas ia berlaku.

    Masalah perisian menyebabkan salah satu kenderaan ujian autonomi syarikat itu merempuh papan tanda jalan. Dokumen penarikan balik yang difailkan oleh syarikat mengatakan tiada kecederaan atau kerosakan harta benda lain yang dilaporkan.

    Agensi itu berkata ia membuka siasatan untuk melihat sama ada Pony.ai mematuhi syarat-syarat laporan di bawah arahan am yang dikeluarkan pada Jun lalu kepada semua pengeluar yang menguji kenderaan autonomi, atau mereka yang mempunyai sistem bantuan pemandu yang memerlukan pengawasan manusia.

    Arahan itu memerlukan laporan nahas yang melibatkan kecederaan, penggunaan beg udara atau kenderaan yang ditunda dalam masa satu hari selepas mendapat notis nahas. Pengilang mesti melaporkan kemalangan yang lebih kecil yang melibatkan kenderaan autonomi pada hari ke-15 dalam bulan yang sama selepas kemalangan itu.

    Dokumen siasatan NHTSA mengatakan Pony.ai melaporkan nahas Oktober pada 12 November dan memfailkan laporan lanjut pada 17 dan 29 November serta satu lagi laporan pada Disember. Tidak jelas sama ada beg udara mengembung atau kenderaan ujian itu ditunda. – AP

    Pengeluar sistem kenderaan autonomi kecil mungkin berdepan masalah dengan pengawal selia keselamatan lebuh raya AS. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...