Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    AS, UK, Australia bekerjasama bangun senjata hipersonik

    LONDON, 6 APRIL – Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia kelmarin berkata mereka akan memulakan kerjasama pelancaran peluru berpandu hipersonik dan keupayaan pertahanan, ketika seteru Rusia dan China meningkatkan dengan pantas teknologi canggih.

    Ketiga-tiga buah negara berkata mereka akan mengusahakan senjata hipersonik dalam mengembangkan ikatan pertahanan AUKUS baru-baru ini, yang melengkapkan Australia dengan kapal selam berkuasa nuklear untuk menentang pengaruh China yang semakin berkembang.

    Peluru berpandu hipersonik boleh bergerak lima kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi dan dapat dikawal di pertengahan penerbangan, menjadikannya sukar untuk dikesan dan dipintas berbanding peluru berpandu biasa.

    Hipersonik dan teknologi yang berkaitan kini ‘sebahagian besar daripada apa yang diusahakan kerjasama AUKUS,” kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison kepada wartawan hari ini.

    Tetapi tidak banyak butiran mengenai rancangan hipersonik oleh pemimpin-pemimpin.
    Marcus Hellyer, penganalisis pertahanan di Institut Dasar Strategik Australia, berkata ia sukar untuk menilai ‘benda baharu’ dalam kenyataan itu.

    Australia dan AS sudah bekerjasama mengenai hipersonik, katanya, meskipun komitmen baharu mungkin membuka ruang kerjasama dengan Britain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...