Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Atlet renang negara raih pingat perak

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Kontinjen negara ke Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022 hari ini telah berjaya meraih pungutan pingat perak kedua bagi Negara Brunei Darussalam menerusi acara renang.

    Thai Yu Joel Ling berjaya mendapat kedudukan kedua dalam acara Men 200 Meter Backstroke dengan catatan masa 2 minit 12.91 saat dalam aksi di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

    Beliau juga berjaya memperbaharui rekod peribadinya yang sebelumnya mencatatkan masa 2 minit 14.68 saat.

    Pingat emas disandang oleh atlet renang dari Sarawak, Phuong Wei Hii yang berada di lorong ke-4 dengan catatan masa 2 minit 7.71 saat. Manakala pingat gangsa dimenangi Zheng Yong Low dari Melaka yang berada di lorong ke-3 dengan catatan masa 2 minit 13.90 saat.

    Dengan kejayaan ini, ia merupakan pungutan pingat pertama yang diraih negara sejak menyertai Sukma.

    Beberapa hari sebelum ini, atlet sukan karate negara turut berjaya membawa pulang satu pingat perak bagi acara Kata Individu Wanita melalui Dayang Farhah Syahirah binti Mohamad Shamrin.

    Thai Yu Joel Ling (kiri) merangkul pingat perak dalam acara Men 200 Meter Backstroke di Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...