Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Atlet wusyu negara jalani latihan di China

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Sebagai persiapan untuk menyertai saingan Sukan SEA pada tahun hadapan, empat orang atlet wusyu negara telah berlepas meninggalkan negara pada hari ini ke Shanxi, China bagi menjalani latihan selama sebulan lebih di Pusat Latihan Sukan Shanxi.

    Atlet yang terlibat dalam latihan tersebut ialah Mohd Safiee Shayferan bin Roslan, Mohd Adi Salihin bin Roslan, Majdurano Joel bin Majallah Sain dan Hosea Wong Zhenyu. Para atlet diiringi oleh jurulatih wusyu kebangsaan, Li Hui dan Zhao Chunjie.

    Menurut Li Hui, mereka merancang untuk menamatkan sesi latihan sekitar 13 September 2022. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi masih belum dapat disahkan lagi setakat ini. Beliau juga berharap agar para atlet akan dapat memanfaatkan peluang tersebut bagi mempertingkatkan dan menajamkan lagi teknik mereka.

    Di samping itu, atlet negara juga akan berpeluang untuk berlatih bersama-sama dengan atlet wusyu di China.

    Li Hui dan Zhao Chunjie bergambar bersama atlet wusyu negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...