Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    AS bakal tanam 1 bilion pokok

    BILLINGS, MONTANA, 26 JULAI – Pentadbiran Joe Biden kelmarin berkata kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan menanam lebih dari satu bilion pokok di seluruh hutan jarang seluas jutaan hektar yang mengalami kerosakan akibat kebakaran di Barat AS, ketika pegawai bergelut untuk mengatasi peningkatan dalam kemusnahan hutan yang berpunca dari kebakaran, serangga dan beberapa faktor lain yang disebabkan oleh perubahan iklim.

    Kebakaran yang memusnahkan hutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menjejaskan pertumbuhan semula jadi yang menyukarkan kapasiti kerajaan untuk menanam pokok baharu. Kesukaran itu telah mengakibatkan penangguhan seluas 1.7 hektar yang memerlukan penanaman semula, kata pegawai.

    Jabatan Pertanian AS berkata ia akan menambah jumlah anak pokok sebanyak empat kali ganda melalui semaian untuk mengatasi masalah yang tertangguh dan memenuhi keperluan masa depan. Rancangan itu dibuat selepas Kongres tahun lalu meluluskan undang-undang dwipartisan yang mengarahkan Perkhidmatan Perhutanan untuk menanam 1.2 bilion pokok pada dekad akan datang dan selepas Presiden Joe Biden pada April lalu mengarahkan agensi untuk menjadikan perhutanan negara lebih berdaya tahan ketika bumi berdepan pemanasan global.

    Kebanyakan agenda pentadbiran untuk menangani perubahan iklim masih tergendala di tengah-tengah percanggahan pendapat dalam Kongres, di mana pihak Demokratik memegang kuasa majoriti yang kurang.

    Bagi mengatasi masalah kemusnahan hutan yang tertangguh, Perkhidmatan Perhutanan merancang meningkatkan kerja-kerja penanaman semula pokok daripada kira-kira 24,000 hektar pada tahun lalu kepada kira-kira 162,000 hektar setiap tahun dalam masa beberapa tahun akan datang, kata pegawai.

    Kebanyakan penanaman akan menumpu di kawasan barat AS. – AP

    Gambar fail menunjukkan kawasan perhutanan yang terbakar, di mana beberapa kru dari Perkhidmatan Perhutanan menanam anak pokok dengan tujuan memulihkan kawasan hutan yang terjejas, 26 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Diplomat Afghanistan letak jawatan susulan kes seludup emas AS$2 juta

    NEW DELHI, 6 MEI - Seorang diplomat tertinggi Afghanistan di India telah meletak jawatan beberapa hari selepas dia dilaporkan ditangkap oleh pihak berkuasa lapangan...