Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Australia dakwa temui kapal James Cook

    SYDNEY, 3 FEB – Pakar maritim Australia hari ini percaya bahawa mereka telah menemui bangkai salah sebuah kapal paling penting dalam sejarah Asia Pasifik selepas ia tenggelam di Amerika Syarikat (AS) lebih daripada 200 tahun lalu.

    Namun ahli arkeologi di AS segera menangkisnya, mengatakan penemuan itu pramatang dan pelanggaran satu kontrak dalam penyelidikan bersama mereka.

    Selama 22 tahun, ahli arkeologi ma-ritim sudah menyiasat beberapa buah bangkai kapal lama di kawasan 2 kilometer persegi di Newport Harbor, Rhode Island. Di situlah kapal HMS Endeavour dikemudi James Cook dipercayai dilubang tenggelamkan secara sengaja oleh British semasa Revolusi Amerika.

    Cook sebelumnya membawa kapal itu berlayar ke sekitar Pasifik Selatan dalam pengembaraan rintis sebelum mendarat di pesisir timur Australia dalam tahun 1770.

    Pagi ini, ketua pegawai eksekutif Muzium Maritim Kebangsaan Australia, Kevin Sumption mengadakan satu sidang media di Sydney selepas memaklumkan media bahawa dia akan membuat ‘pengumuman bersejarah maritim.’

    Sumption mengatakan ahli arkeologi yakin bahawa mereka telah menemui bangkai Endeavour selepas memadankan perincian struktur dan bentuk bangkainya dengan pelan asli.

    “Saya berpuas hati bahawa ini adalah tempat bersemadi terakhir sebuah daripada kapal paling penting dan kontroversi dalam sejarah maritim Australia,” katanya. – AP

    Gambar fail replika kapal Endeavour berlabuh di Teluk Botany, Sydney, 17 April 2005. Pakar maritim percaya bahawa mereka telah menemui bangkai kapal paling penting dalam sejarah di Newport Harbor, Rhode Island. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...