Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Messi, Suarez bantu Miami tumpaskan Red Bulls

    FORT LAUDERDALE, 5 MEI – Luis Suarez menjaringkan hatrik dan Lionel Messi mencatatkan lima assist yang luar biasa serta satu gol pada separuh masa kedua ketika Inter Miami menumpaskan New York Red Bulls 6-2 dalam Major League Soccer kelmarin.

    Pemain gantian yang menjaringkan dua gol, Matias Rojas, telah memulakan pesta gol pada separuh masa kedua daripada pendahulu Eastern Conference, Inter selepas New York mendahului 1-0 pada waktu rehat.

    Tanpa Messi, Miami telah tewas 4-0 kepada Red Bulls di New York pada bulan Mac, tetapi mereka lebih daripada membalas dendam atas kekalahan itu dengan serangan tanpa belas kasihan pada separuh masa kedua.

    Lima assist Messi, yang semuanya datang pada separuh masa kedua, adalah rekod baharu dalam satu perlawanan MLS dan dia kini mempunyai 10 gol dan 12 assist dalam lapan penampilan liga setakat musim ini.

    Bermain di belakang Suarez, Messi melakukan hantaran melalui ruang yang paling sempit, mengambil kesempatan daripada pemahaman telepati bekas rakan sepasukannya di Barcelona tentang niatnya, yang terlalu sukar untuk Red Bulls, untuk menduduki tempat ketiga di Eastern Conference.

    “Jelas sekali apa yang kita lihat hari ini mengejutkan orang ramai, kerana awda tidak melihatnya dalam bola sepak,” kata Suarez mengenai lima assist Messi.

    “Tetapi sebagai rakan sepasukan dan seseorang yang mengenalinya, tiada apa yang mengejutkan saya tentang Messi,” tambah pemain Uruguay itu. – AFP

    Aksi Messi semasa separuh masa kedua dalam perlawanan menentang New York Red Bulls di Stadium DRV PNK pada 4 Mei di Fort Lauderdale, Florida. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...