Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Bangkok catat pencemaran teruk

BANGKOK, 1 FEB – Bangkok mencatatkan tahap pencemaran tidak selamat, dengan jumlah stesen pemantauan kualiti udara mengesan kualiti teruk yang meningkat kepada 80 pada waktu petang berbanding hanya 70 stesen pada waktu pagi, menurut laporan Pusat Kualiti Udara Bangkok.

Empat buah stesen tersebut mengesan tahap ‘merah’ PM2.5.

PM2.5 merujuk kepada partikel halus debu dalam udara. Ia boleh menembusi paru-paru dan mengakibatkan kematian pramatang disebabkan jangkitan paru-paru dan hati, terutamanya dalam kalangan warga emas dan orang yang mempunyai komplikasi kesihatan.

Sebarang tahap PM2.5 melebihi 50 mikrogram per kubik meter (ug/m3) udara adalah tidak selamat. Tahap ‘merah’ merujuk kepada PM2.5 melebihi 90 ug/m3.

Pencemaran udara di Bangkok yang mencapai tahap merah. – ANN/The Nation

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -