Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kasuka & Ar Rawda mantapkan mutu pasukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Kebenaran kuota dua pemain import dan penyenaraian wajib tiga pemain di bawah 20 tahun (U20) kepada setiap pasukan dilihat memberi impak positif dan cabaran menarik kepada 12 buah pasukan yang bakal bersaing pada Liga Futsal Brunei (BFL) 2023.

    Pasukan PES dan Kasuka & Ar Rawda akan bertemu bagi membuka tirai kejohanan BFL 2023 di Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Univerisiti Brunei Darussalam Jumaat ini.

    Harapan tinggi pasukan Kasuka & Ar Rawda untuk menawan puncak Liga BFL 2023 apabila dilihat membawa jurulatih dari Indonesia, Wahyu Triyanto untuk memantapkan lagi pasukan berkenaan.

    Sementara itu, pasukan Kasuka & Ar Rawda juga bakal menjadi tumpuan apabila mengikat dua pemain import, Mohammad Reza Rahmannia dari Iran dan Mohammad Farhan bin Arman dari Kota Kinabalu, Sabah untuk sama-sama beraksi bersama pemain lain di BFL.

    Pengurus pasukan Kasuka & Ar Rawda, Rosmini Haji Abdul Kahar menjelaskan, “Kami giat memperkemaskan dalam semua aspek untuk memantapkan lagi pasukan.”

    Katanya lagi, “Dengan kehadiran jurulatih baharu dari Indonesia dan dua pemain import bakal membantu memberi semangat kepada pemain supaya dapat membentuk satu pasukan yang lebih jitu ditambah dengan adanya pemain tempatan yang berpotensi.”

    Pasukan Kasuka & Ar Rawda semakin bersedia selepas menjadi pasukan jemputan dalam perlawanan persahabatan 4 penjuru di Kuala Lumpur, Malaysia menentang pasukan Selangor Tot, KL City dan KL FA.

    Pengurus pasukan turut melahirkan keyakinan dengan persiapan yang rapi yang telah diadakan di dalam dan luar negara yang mana ia juga telah memberi kesan positif kepada pasukan, namun mengharapkan agar semua pemain-pemain akan dapat memberikan komitmen penuh sepanjang kejohanan itu berlangsung.

    “Semua pasukan mempunyai kelebihan yang perlu dihormati tetapi pasukan kita perlu bersungguh-sungguh memberikan saingan yang terbaik memastikan pasukan Kasuka & Ar Rawda akan menempah kejayaan yang terbaik,” jelasnya.

    Pemain import pasukan Kasuka & Ar Rawda, semasa menjalani latihan pada perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur baru baru ini. – Gambar serahan Pasukan Kasuka & Ar Rawda
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...