Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Banjir: Jumlah mangsa berkurangan di empat negeri

    KUALA LUMPUR, 4 JAN – Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan menunjukkan sedikit penurunan petang ini berbanding tengah hari tadi.

    Sementara jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Selangor, Terengganu dan Sabah tidak banyak berubah setakat petang ini. 

    Di Johor, jumlah mangsa banjir menunjukkan penurunan kepada 5,588 mangsa setakat 4 petang ini berbanding 5,598 orang tengah hari tadi.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan dalam kenyataan berkata tiga PPS ditutup iaitu masing-masing satu di Segamat, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

    Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 4,105 orang, Mersing (546 orang), Tangkak (472),  Kota Tinggi (131), Kluang dan Muar masing- masing 116 mangsa dan Batu Pahat (102), kata beliau.

    Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir berkurangan petang ini menjadi 2,265 orang di 35 PPS, berbanding 2,816 orang pada tengah hari tadi. 

    Di Melaka, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 2,155 mangsa daripada 565 keluarga setakat  4 petang ini.

    Di Negeri Sembilan, data terkini menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  menunjukkan mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 1,666 individu membabitkan 462 keluarga dengan 16 PPS dibuka setakat petang ini berbanding 1,706 individu (478 keluarga) dengan 18 PPS tengah hari tadi. – Bernama

    Beberapa rumah penduduk Kampung Spang Loi ditenggelami air sehingga paras bumbung ketika tinjauan di kampung itu, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...