Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bantu ibu tunggal buat persiapan raya

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Seramai 36 orang ibu tunggal dan golongan yang memerlukan telah menerima sumbangan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Indahnya Berbagi di Bulan Mulia yang berlangsung di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor, Mengkubau, hari ini.

    Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan secara pandu lalu di kediaman Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Panchor, Mentiri, Haji Awang Mohd Eddie Hardey bin Haji Awang Ibrahim.

    Sumbangan berupa makanan asasi itu merupakan hasil kutipan daripada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan ahli-ahli biro wanita dan biro perekonomian MPK RPN Panchor, Mentiri.

    Hadir menyampaikan sumbangan ialah Dayang Risraini binti Haji Abdul Halim, isteri pemangku ketua Kampung RPN Panchor.

    Turut serta dalam menghulurkan sumbangan tersebut ialah Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam dan ahli melalui projek mereka (Ramadan Food Box) serta orang-orang perseorangan.

    Majlis yang dianjurkan oleh Biro Wanita dan Biro Perekonomian MPK RPN Kampung Panchor, Mentiri itu merupakan kali keenam diadakan bertu-rut-turut.

    Dengan adanya program sumbangan seumpamanya, ia diharap akan dapat meringankan beban ibu-ibu tunggal di kampung berkenaan dalam sama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan juga menyambut kedatangan bulan Syawal.

    Dayang Risraini menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal di RPN Panchor pada majlis secara pandu lalu, kelmarin.
    Antara barangan asasi yang disumbangkan dengan harapan dapat meringankan beban golongan ibu tunggal dalam bulan Ramadan dan Syawal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...