Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bantu polis kesan Mohd Azman

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Seorang lelaki warga tempatan berada dalam senarai dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Menurut laporan yang dibuat di Balai Polis Muara, Daerah Brunei dan Muara, PPDB memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan, Mohd Azman bin Awang Bungsu (gambar) dengan nombor kad pengenalan, 00-310655 (kuning).

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn dan bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan, menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian, 2459500 sambungan 490 atau 333 dan talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...