Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Bayern bertemu Barcelona dalam Kumpulan C

    ISTANBUL, 26 OGOS – Bayern Munich diundi dalam kumpulan yang sama dengan Barcelona semasa undian yang diadakan kelmarin bagi pertandingan Liga Juara-Juara UEFA peringkat kumpulan di Istanbul, sementara Erling Haaland akan bertemu bekas pasukannya ketika Manchester City bergandingan dengan Borussia Dortmund.

    Bayern dan Barcelona juga akan bertemu Inter Milan dalam Kumpulan C, yang dilengkapkan oleh juara Czech, Viktoria Plzen. Bayern memalukan Barca dengan kemenangan 8-2 di pertemuan suku akhir di Lisbon pada 2020, dan kelab Catalan itu juga kalah 3-0 dua kali kepada pasukan Jerman musim lalu ketika mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

    Lewandowski, 34, menandatangani perjanjian bersama Barcelona semasa penghujung musim dengan yuran perpindahan boleh mencecah 50 juta euro, di mana penyerang berbisa itu meledak 344 gol dalam tempoh lapan tahun bersama Bayern.

    “Hanya bola sepak yang menceritakan kisah sebegini,” kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.

    “Pasukan Barcelona semakin kuat. Lewandowski juga berada di sana. Mereka telah melakukan beberapa perkara dalam pasaran perpindahan. Ini akan menjadi perlawanan yang mengujakan.”

    Sementara itu Haaland meninggalkan Dortmund untuk menyertai pasukan juara Liga Perdana Inggeris, City, semasa jendela perpindahan. Kedua-dua pasukan juga akan berdepan Sevilla dan juara Denmark, FC Copenhagen dalam Kumpulan G.

    City dan Dortmund kali terakhir bertemu di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara pada 2021, dengan pasukan bimbingan Pep Guardiola mara dengan agregat 4-2. City juga menundukkan Sevilla dua kali dalam peringkat kumpulan pada musim 2015/16.

    Finalis musim lalu, Liverpool akan bermain menentang Ajax, Napoli dan Rangers dalam Kumpulan A. Manakala juara bertahan, Real Madrid akan bersaing dengan Celtic, RB Leipzih dan Shakhtar Donetsk dalam Kumpulan F. – AFP

    Trofi Liga Juara-Juara dipamerkan sebelum undian dibuat bagi menentukan kedudukan pasukan peringkat kumpulan. Kumpulan C merupakan pasukan yang mencuri tumpuan selepas Barcelona, Bayern Munich, Inter Milan dan Viktoria Plzen diundi dalam satu kumpulan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemantau sekatan akan gagal – Duta PBB Korea Utara

    PYONGYANG, 5 MEI - Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata usaha untuk menubuhkan panel baharu bagi memantau sekatan terhadap negaranya akan...