Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Bangau yang hampir pupus dikesan di utara Myanmar

    YANGON, 5 MEI – Seekor burung bangau perut putih, yang sangat terancam, baru-baru ini dikesan di Negeri Kachin di utara Myanmar, lapor Global New Light Myanmar, kelmarin.

    Phong San Dakaw, ahli Pemuliharaan dan Pengenalpastian Spesies Asli (NSCI) di Myanmar, baru-baru ini merekodkan spesies terancam kritikal itu di Negeri Kachin, menurut laporan tersebut.

    Spesies itu kebanyakannya ditemui di Bhutan, Myanmar dan India, laporan itu memetik pegawai NSCI, U Thet Zaw Naing.

    U Thet Zaw Naing berkata pemburu haram tempatan memburu burung itu untuk menjual dagingnya, menyebabkan hanya kira-kira 40 yang tinggal di negara Asia Tenggara itu, sambil menambah bahawa ia hanya ditemui di Negeri Kachin dan Wilayah Sagaing di Myanmar.

    Burung itu kini lebih jarang ditemui daripada ikan lumba-lumba Irrawaddy, harimau bintang dan panda merah di negara itu dan binatang itu boleh pupus dalam tempoh lima tahun jika tiada perlindungan, kata laporan itu.

    Bangau perut putih itu, kebanyakannya bewarna kelabu gelap dengan leher putih di bahagian bawahnya, hidup di sungai-sungai dan tanah lembap yang sunyi dan telah disenaraikan sebagai terancam dalam Senarai Merah IUCN sejak 2007. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...