Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Eratkan silaturahim dalam Suasana Kampung

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Dalam menyemarakkan lagi hari-hari terakhir bulan Syawal tahun ini, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas pada 3 Mei lalu.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan pemangku pemerintah angkatan bersama, timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, pengarah-pengarah awam dan tentera, komandan-komandan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

    Juga turut dijemput ialah penasihat dan atase pertahanan dari luar negara yang menetap di Negara Brunei Darussalam dan Pegawai Memerintah Kompeni Bantu Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles (Support Company 1RGR).

    Majlis telah menyaksikan tayangan klip video ucapan Selamat Hari Raya daripada kesemua unit tentera, jabatanarah serta unit awam dan tentera di bawah Kementerian Pertahanan sambil menikmati jamuan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bergambar ramai pada majlis penuh kemeriahan itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Yang Berhormat Pehin juga berpeluang untuk melawat pondok-pondok Hari Raya yang disediakan oleh unit-unit tentera, jabatanarah dan unit di bawah Kementerian Pertahanan.

    Pondok-pondok berkenaan merupakan tarikan utama sambutan yang dihias mengikut tema bagi 2024 iaitu Suasana Kampung. Selain itu, majlis turut menampilkan pakaian dan budaya berbilang kaum di negara ini serta persembahan muzik gulingtangan dan Pancaragam ABDB bagi memeriahkan suasana.

    Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri berkenaan bukan sekadar perayaan, tetapi juga merupakan peluang penting bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

    Dalam suasana yang santai namun bersemangat, mereka bertukar-tukar pandangan dan memperkukuhkan ikatan yang membina kepercayaan dan kefahaman di antara satu sama lain. Ini tidak hanya meningkatkan keberkesanan operasi dalaman Kementerian, tetapi juga mencipta suasana kerja yang memenuhi keperluan anggota pasukan.

    Oleh itu, majlis berkenaan merupakan platform penting dalam memupuk hubungan yang kukuh dan menjamin kecemerlangan profesional dalam persekitaran kerja.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...