Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bekas pegawai polis dipenjara seumur hidup

    KOBLENZ, JERMAN, 13 JAN – Mahkamah Jerman telah mensabit bersalah bekas pegawai polis sulit Syria atas jenayah kemanusiaan kerana menyelia penderaan tahanan di sebuah penjara dekat Damsyik sedekad lalu.

    Keputusan hari ini dalam perbicaraan penting itu telah dinanti-nantikan oleh rakyat Syria yang mengalami penderaan atau kehilangan saudara mara di bawah kerajaan Presiden Bashar Assad dalam konflik berpanjangan negara tersebut.

    Mahkamah negeri Koblenz menyimpulkan bahawa Anwar Raslan adalah pegawai kanan yang bertanggungjawab ke atas kemudahan di bandar Douma, Syria yang dikenali sebagai Al Khatib, atau cawangan 251, di mana penunjuk perasaan pembangkang yang disyaki telah ditahan.

    Ia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup, lapor penyiar Jerman n-tv. Peguamnya meminta mahkamah minggu lalu untuk membebaskan anak guam mereka, mendakwa dia tidak pernah menyeksa sesiapa secara peribadi dan dia berpaling tadah pada akhir 2012. – AP

    Yasmen Almashan memegang gambar lima saudara lelakinya di Syria yang meninggal dunia sebelum keputusan di hadapan mahkamah di Koblenz, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...