Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bekas peguam negara terlibat kes pemerdagangan manusia

    BANDARAYA MEXICO, 21 OGOS – Mexico kelmarin menahan reman seorang bekas peguam negara berhubung siasatan kontroversi yang melibatkan kehilangan 43 pelajar pada 2014, salah satu tragedi hak asasi manusia paling buruk di negara itu.

    Menurut satu sumber kehakiman, Jesus Murillo kini ditahan di bawah akta penahanan pencegahan bagi menjamin kehadirannya dalam satu perbicaraan mahkamah yang akan diadakan pada Rabu depan.

    Pendakwa raya mengumumkan waran tangkap juga telah dikeluarkan terhadap suspek termasuk anggota tentera, pegawai polis dan anggota kartel. Mereka dituduh terlibat dalam jenayah terancang, individu hilang, penyeksaan, pembunuhan dan menghalang keadilan.

    Pelajar yang hilang itu menaiki sebuah bas di negeri selatan Guerrero untuk pergi ke sebuah demonstrasi di Bandaraya Mexico sebelum mereka hilang. Penyiasat berkata mereka telah ditahan oleh seorang polis yang merupakan rakan sejenayah dan diserahkan kepada kartel dadah yang menganggap mereka sebagai ahli kumpulan saingan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...