Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Bekas pemimpin China Jiang Zemin meninggal dunia

    BEIJING, 30 NOV – Bekas pemimpin China Jiang Zemin, yang menerajui negara melalui era transformasi dari akhir tahun 1980 sehingga milenium baharu, meninggal dunia hari ini pada usia 96 tahun, menurut agensi berita Xinhua.

    Jiang menerajui tampuk pemerintahan selepas peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen 1989 dan memimpin negara dengan populasi paling ramai di dunia menjadi kuasa besar di pentas dunia.

    “Jiang Zemin meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan organ di Shanghai pada 12:13 petang, hari ini, demikian menurut pengumuman yang keluar hari ini,” lapor Xinhua. Xinhua berkata pengumuman kematiannya dibuat dalam sepucuk surat menyatakan ‘kesedihan mendalam’ atas kematian Jiang, ditujukan kepada Parti Komunis, tentera dan rakyat China.

    “Komrad Jiang Zemin adalah seorang pemimpin yang ulung..ahli revolusi proletariat, pendukung Marxis, negarawan, ahli strategi tentera dan diplomat, pejuang komunis serta pemimpin unggul yang memperjuangkan sosialisme berpandukan fahaman China,” Xinhua memetik surat yang dikeluarkan. Mendiang meninggalkan isteri, Wang Yeping dan dua anak lelaki. – AFP

    Gambar bertarikh 24 Oktober 2017 menunjukkan Jiang Zemin (kanan) mendengar kepada Presiden Xi Jinping semasa majlis penutup Kongres Parti Komunis di Great Hall of the People di Beijing. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...