Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Benzema, Courtois calon Pemain Terbaik Tahunan UEFA

    PARIS, 12 OGOS – Dua pemain Real Madrid, Karim Benzema dan Thibaut Courtois serta pemain Manchester City, Kevin De Bruyne hari ini telah disenarai pendek bagi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Lelaki UEFA.

    Badan Bola sepak Eropah berkata juri terdiri daripada jurnalis dan wakil daripada kelab-kelab yang bermain di kejohanan Eropah telah mengundi ketiga-tiga pemain untuk disenaraikan daripada 15 nama.

    Penyerang Poland, Robert Lewandowski berada di kedudukan keempat undian tersebut.

    Anugerah akan diberikan pada 25 Ogos semasa undian Liga Juara-Juara peringkat kumpulan.

    Real Madrid berjaya memenangi Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

    Reaksi Karim Benzema menjulang Piala Super UEFA, Rabu lalu. Karim Benzema, Courtois dan De Bruyne telah dicalonkan untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Lelaki UEFA. – AFP

    Benzema telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Musim ini di Liga Juara-Juara selepas menjaringkan 15 gol dalam kejohanan, termasuk tiga gol di pertemuan separuh akhir menentang Manchester City.

    Ketika dia menjaringkan gol kedua Real semasa bertemu Frankfurt Rabu lalu di Piala Super Eropah, Benzema menjadi penjaring terbanyak kedua dalam sejarah dengan mencatat 324 gol, berada di belakang Cristiano Ronaldo.

    Courtois mempamerkan aksi luar biasa ketika Real menewaskan Liverpool 1-0 pada final Liga Juara-Juara dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

    Sementara itu, De Bryune disenarai pendek buat kali ketiga berturut-turut selepas membantu City memenangi Liga Perdana.

    Jorginho memenangi gelaran tersebut musim lalu selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Chelsea dan Euro 2020 bersama Itali.

    UEFA turut mengumumkan tiga calon bagi jurulatih terbaik tahunan.

    Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, Pep Guardiola dari Manchester City dan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, masing-masing telah dicalonkan bagi anugerah tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...