Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Benzema layak dapatkan Ballon d’Or – Messi

    BUENOS AIRES, 31 MEI – Menurut pemenang tujuh kali Ballon d’Or, Lionel Messi, bintang Perancis dari Real Madrid, Karim Benezema layak memenangi anugerah tersebut pada tahun ini.

    Benzema memainkan peranan penting dalam kemenangan Liga Juara-Juara Madrid musim ini hingga mencapai puncak kemenangan 1-0 ke atas Liverpool di Paris pada Sabtu lalu.

    Walaupun dia tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir, hatrik berturut-turut Benzema pada pusingan kalah mati menentang Paris Saint-Germain untuk mengembalikan defisit agregat 2-0, adalah penting untuk menjana momentum yang membawa Madrid ke gelaran tersebut.

    Messi bercakap beberapa hari sebelum perlawanan persahabatan dengan Itali di stadium Wembley antara dua juara benua.

    “Tidak dinafikan, sangat jelas bahawa Benzema telah melalui tahun yang menakjubkan dan telah menamatkannya dengan memenangi Liga Juara-Juara,” kata Messi kepada saluran Argentina, TyC Sports.

    Perlawanan antara pemegang Copa America Amerika Selatan dan juara Eropah, di mana ramai warga Argentina menjejaki akar umbi mereka, dikenali sebagai ‘Finalissima’.

    Argentina berjaya melayakkan diri pada Piala Dunia akhir tahun ini dengan beberapa perlawanan berbaki, manakala Itali terlepas peluang yang mengejutkan selepas tewas kepada Macedonia Utara dalam pusingan play-off.

    Setelah menghabiskan seluruh kariernya di Barcelona, ​​pemain berusia 34 tahun itu berpindah ke PSG setahun lalu di mana dia bergelut untuk menghasilkan semula prestasi terbaiknya. Dia juga mengakui ia adalah suatu perubahan yang sukar. – AFP

    Reaksi pemain Real Madrid, Karim Benzema (tengah) meraikan kemenangan semasa perlawanan bola sepak akhir Liga Juara-Juara pada Sabtu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...