Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bersungkai bersama pengamal media

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim dengan pengamal media, D’Sunlit Sdn Bhd telah mengadakan acara sungkai di Restoran Kokoro, Kiulap, baru-baru ini.

    Pada acara tersebut, Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting telah mengalu-alukan para pengamal media kerajaan dan swasta berserta beberapa orang pegawai dan kakitangan syarikat berkenaan untuk menikmati juadah istimewa berbuka puasa bersama.

    Dengan majlis sedemikian, ia dihasratkan dapat menanam budaya menghargai antara masyarakat tanpa mengira status agama dan bangsa, sekali gus boleh sama-sama menimba pengalaman dan mempelajari serba sedikit mengenai keindahan berbuka puasa bersama terutamanya pada bulan Ramadan penuh berkat ini.

    Selain itu, pertemuan berkenaan juga bertujuan untuk menggalakkan komunikasi lebih terbuka dan memperkukuh kedinamikan organisasi.

    Jackson Ting bergambar ramai bersama pengamal media setelah berakhirnya acara sungkai di Restoran Kokoro, Kiulap, baru-baru ini. – Gambar serahan Lyna Mohamad
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...