Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rusia mulakan serangan di timur Ukraine

    NOVODRUZHESK, 19 APPIL – Rusia melancarkan serangan besar-besaran di bahagian timur Ukraine, menurut pihak berkuasa di Kyiv hari ini, membuka satu fasa baharu terhadap pencerobohan Rusia selepas dihalang dalam usahanya untuk menakluki ibu kota Ukraine.

    Amerika Syarikat (AS) bakal mengadakan pertemuan video bersama sekutunya hari ini bagi membincangkan konflik di Ukraine, di mana kempen tentera Moscow telah menumpukan semula di bahagian timur wilayah Donbas, sebahagiannya dikawal oleh pemisah pro-Kremlin sejak 2014.

    “Kami mengesahkan bahawa tentera Rusia telah memulakan pertempuran di Donbas, yang mereka telah merancangnya sejak sekian lama,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melalui saluran Telegram lewat kelmarin.

    “Tidak kira berapa ramai tentera Rusia yang dikerah, kami akan tetap berjuang. Kami akan mempertahankan diri kami sendiri.”

    Menjelang kemaraan yang dijangkakan, pihak berkuasa Ukraine menggesa penduduk di Donbas untuk menyelamatkan diri ke barat.

    “Fasa kedua peperangan sudah bermula,” kata ketua kakitangan presiden Kyiv, Andriy Yermak.

    Di bahagian selatan, Rusia masih meneruskan usahanya untuk menawan bandar pelabuhan, Mariupol, di mana saki-baki tentera Ukraine mempertahankan bandar tersebut.

    Meskipun keadaan terdesak di bandar itu, pegawai Jabatan Pertahanan AS berkata Mariupol ‘masih lagi dalam perebutan’. – AFP

    Serpihan kereta kebal yang musnah dalam serangan di Kyiv pada 19 April semasa pencerobohan Rusia. Rusia melancarkan serangan besar-besaran di bahagian timur Ukraine. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...