Tuesday, May 21, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    BFI, BMC rai Aidilfitri bersama pihak berkepentingan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 30 APRIL – Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI) dan Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) bersama-sama menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri sulung mereka hari ini di Dewan Serba Guna di Pusat SPARK, yang terletak di Sungai Liang.

    Turut hadir semasa majlis tersebut ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann selaku Ketua Kampung Bukit Sawat; serta Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perindustrian) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim; perwakilan asing ke Negara Brunei Darussalam, pihak berkepentingan industri, rakan kongsi perniagaan dan ahli-ahli komuniti Mukim Liang Lumut.

    Perhimpunan tahunan itu merupakan majlis khas yang bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat dengan rakan niaga, pihak berkepentingan dan masyarakat sekeliling dalam memperingati Hari Raya Aidilfitri.

    Para tetamu disambut oleh pengurusan kedua-dua syarikat, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif BFI, Dr Harri Kiiski dan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Jesus Enrique Mora Marin.

    Sebagai sebahagian daripada kemeriahan itu, wakil dari kedua-dua syarikat menyampaikan tanda sokongan yang diutarakan oleh kakitangan kedua-dua syarikat untuk menjemput pelajar-pelajar dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di Daerah Belait, serta kepada keluarga yang memerlukan di Sungai Liang.

    Amalan ini bukan sahaja membawa kegembiraan tetapi juga menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, mewujudkan impak positif dalam masyarakat.

    Sumbangan yang dibuat oleh kakitangan BFI adalah sebahagian daripada Projek Amal Silaturahim tahunan organisasi dan usaha berterusan BMC untuk menyokong kesejahteraan masyarakat di mana ia beroperasi selaras dengan strategi CSR #RESPECT.

    Majlis tersebut sekali gus mengadakan pameran pencapaian dan sumbangan penting syarikat, menggariskan peranan mereka dalam memacu landskap ekonomi Kesultanan.

    Untuk menggalakkan dan mempamerkan lebih banyak aktiviti kerjasama dalam kalangan pemain industri, kedua-dua syarikat berharap peluang sebegitu untuk meraikan bersama sebagai rakan industri di Taman Perindustrian Sungai Liang bersama rakan industri SPARK yang lain akan diteruskan pada masa hadapan dan dapat memupuk hubungan yang lebih erat dan menegaskan komitmen bersama antara BFI dan BMC terhadap tanggungjawab sosial korporat dan penglibatan komuniti.

    Antara pelajar jemputan dari Pusat Ehsan bergambar bersama Dr Harri Kiiski dan Jesus Enrique Mora Marin. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Pameran yang disediakan semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...