Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    BIBD ketengahkan komitmen sokong keusahawanan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mempamerkan komitmennya untuk menyokong negara dalam usaha memacu kepelbagaian ekonomi dengan membangunkan sektor swasta negara melalui keusahawanan semasa Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk bagi Daerah Brunei dan Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, hari ini.

    Semasa majlis itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja berkenan melihat lebih dekat lagi pameran menampilkan kerjasama terbaharu BIBD bersama beberapa agensi termasuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menerusi Projek TUNAS.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, Projek TUNAS merupakan kerjasama antara BIBD dan KHEDN untuk menyediakan tempat pasaran bagi individu yang kurang bernasib baik mencari pendapatan serta peluang untuk perusahaan mikro dan kecil belajar dan melatih kemahiran yang diperlukan bagi membentuk diri mereka menjadi usahawan yang berjaya.

    Projek itu termasuk peserta daripada program BIBD SEED (Skim Pemerkasaan dan Pembangunan Keusahawanan Khas), Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di bawah KHEDN, Konsortium Muallafpreneurs daripada PDI dan Usahawan Bakarih Yayasan.

    Turut mengambil bahagian dalam pameran itu adalah tiga kidspreneur yang menang dalam Bengkel Kasturi Stand iaitu program bimbingan keusahawanan untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun yang dianjurkan oleh BIBD.

    Baginda Sultan berkenan menandatangani plak semasa berangkat ke petak BIBD pada Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat dan Penduduk di ibu negara, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan beramah mesra bersama kidspreneur yang menyertai Bengkel Kasturi Stand anjuran BIBD. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...