Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Biro Wanita MPK Sengkurong anjur majlis khatam, hulur sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Seramai 60 orang ahli Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Biro Wanita MPK Sengkurong B, Hajah Rukiah binti Haji Mohammad Yassin.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang tunai kepada lima orang ahli biro wanita dan tiga orang anak yatim daripada kalangan anak-anak ahli Biro Wanita MPK Sengkurong B yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Turut menyertai majlis khatam itu ialah ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan semua ahli biro wanita MPK berkenaan.

    Antara lain tujuan majlis adalah untuk menyemarakkan serta memeriahkan sambutan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran selain membudayakan ahli biro wanita dengan cara hidup beragama serta menanamkan rasa cinta kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran.

    Di samping itu, ia juga untuk berbagi kebahagiaan dengan memberikan sumbangan kepada ahli biro dan anak-anak yatim serta mereka yang memerlukan.

    Hajah Rukiah bersama ahli Biro Wanita MPK Sengkurong semasa menyertai Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...