Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sekolah YSHHB budayakan pembacaan Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Seramai 160 orang guru dan kakitangan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassnal Bolkiah (YSHHB), kelmarin, menghadiri majlis tadarus dan khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan secara bersemuka dan dalam talian.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Mohd Fliti.

    Turut hadir ialah Pengetua Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA), pengetua sekolah menengah, pengetua sekolah rendah dan guru besar sekolah agama YSHHB. Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah sebelum diikuti dengan bacaan surah-surah lazim dan Doa Khatam Al-Quran.

    Kemudian majlis disusuli dengan bacaan tahlil dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan.

    Antara tujuan majlis itu adalah untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dan memperbanyakkan amalan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah selain meraih manfaat daripada keutamaan pembacaan Al-Quran pada bulan suci seterusnya mengeratkan silaturahim antara guru-guru dan kakitangan dengan membaca bersama-sama.

    Majlis Khatam Al-Quran TASKA dengan gabungan guru-guru dan kakitangan Sekolah YSHHB. – Gambar serahan TASKA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...