Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bos MLS tolak rancangan persaraan Neymar

    NEW YORK, 23 FEB – Walaupun dia menghargai minat daripada Neymar atau Lionel Messi, pesuruhjaya Major League Soccer Don Garber memberi amaran kepada bintang global bola sepak kelmarin bahawa kelab AS bukanlah tempat persaraan mereka.

    Bercakap menjelang permulaan musim MLS Sabtu ini, Garber menyampaikan komen podcast penyerang Brazil berusia 30 tahun, Neymar bahawa dia “ingin bermain di AS” sekurang-kurangnya semusim selepas perjanjiannya dengan Paris Saint-Germain (PSG) tamat pada 2025.

    Bekas bintang Barcelona itu berkata, “Musim mereka lebih pendek jadi saya akan mendapat cuti tiga bulan.

    Saya akan bermain untuk beberapa tahun lagi.”

    Garber berkata MLS telah melampaui zaman yang memerlukan untuk meningkatkan imejnya dengan pemain terkenal pada tahun-tahun kemudiannya.

    “Kami tidak perlu membawa pemain terkenal di penghujung kerjaya mereka kerana mereka memutuskan mahu bersara dalam MLS,” kata Garber dalam satu panggilan persidangan dengan wartawan.

    “Kami mahu cerita kami adalah mengenai pemain muda yang datang ke sini pada peringkat paling awal atau dalam kemuncak kerjaya mereka dan menjadikan liga kami sebagai liga pilihan mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...