Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Brunei Gas Carriers sumbang photo booth, lencana

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Brunei Gas Carriers Sdn Bhd menyumbangkan tiga unit photo booth standing banners dan 20,000 lencana untuk Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan bagi Kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun yang sedang berlangsung pada masa ini.

    Majlis penyampaian sumbangan berkenaan telah berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Urusan dan Fleet Manager, Brunei Gas Carriers Sdn Bhd, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew menyampaikan sumbangan kepada Haji Maswadi pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...