Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Brunei rekod purata 268 kes sehari

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Jumlah kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan sedikit peningkatan dalam masa satu minggu kebelakangan ini, di mana kadar purata kes harian pada minggu lepas ialah 268 kes sehari, berbanding dengan 210 kes sehari pada minggu sebelumnya.

    Perkara tersebut dikongsi oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media Norma Baharu COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurutnya, pada hari ini sebanyak 305 kes baharu telah dilaporkan iaitu 304 kes hasil ujian ART dan satu kes adalah hasil dari 110 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Sebanyak 45,365 keputusan ujian pantas antigen (ART) telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 4.1 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Pada hari ini, tiada ada kes dalam kategori 4 dan 5 iaitu kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan memerlukan bantuan oksigen.

    Rajah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan purata kes harian pada minggu lalu.

    Sehingga 2 Oktober, Yang Berhormat Dato menjelaskan kadar liputan vaksinasi di Negara Brunei Darussalam kekal di tahap yang tinggi iaitu 78.5 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 10.5 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    Yang Berhormat Dato turut mengumumkan seorang pesakit positif COVID telah meninggal dunia dalam 24 jam yang lalu namun tidak dikategorikan sebagai kematian akibat COVID.

    “Di kesempatan ini, saya mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” kata Yang Berhormat Dato.

    Di penghujung sidang media, Yang Berhormat Dato berharap negara dan seluruh rakyat dan penduduk sentiasa terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah SWT.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...