Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BSRC anjur majlis berbuka

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 1 MEI – Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Sungkai bersama 29 pelajar yang tergolong daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim dari Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria, di Dewan Cenderawasih pada 28 April lalu.

    Hadir bagi menyaksikan majlis tersebut ialah Presiden BSRC, Awang Mohd Ashraf bin Haji Mohd Esa; Pengurus Besar, Yasmin Abdullah dan Setiausaha Sosial, Awang Mohd Nizam bin Abdullah.

    Majlis tersebut turut dihadiri oleh kakitangan dan pihak pengurusan BSRC serta penjaga, ahli keluarga dan guru-guru dari sekolah yang terlibat.

    Acara berkenaan dimulakan dengan bacaan tahlil, yang kemudiannya disusuli dengan penyampaian sumbangan dari kelab tersebut kepada pelajar yang hadir.

    Majlis berbuka puasa kemudiannya diadakan yang dimeriahkan dengan sokongan daripada McDonald’s Brunei di bawah pengurusan Makan Ceria Sdn Bhd dan Burger King Brunei di bawah pengurusan Sinofood Express, yang menyediakan minuman dan alat permainan untuk para pelajar berkenaan.

    Presiden BSRC menyatakan bahawa mereka berharap akan banyak lagi sekolah di Seria dapat menyertai acara pada masa akan datang, sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan mereka untuk memberikan kembali kepada komuniti sekeliling.

    Acara tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kelab yang bertujuan untuk menyokong komuniti Seria.

    Tetamu kehormat semasa menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada pelajar yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar serahan BSRC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...