Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    ‘Bukan masa untuk bersenang-senang’

    COPENHAGEN, 24 OKT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menekankan kepentingan untuk terus berwaspada ketika kes COVID dan influenza semakin meningkat di Eropah, menyarankan orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi.

    “Ini bukan masa untuk bersenang-senang,” kata Pengarah WHO, Hans Kluge pada sidang akhbar.

    Sebanyak 53 negara yang membentuk rantau WHO Eropah, termasuk Rusia dan negara-negara di Asia Tengah, sekali lagi berada di pusat wabak COVID, menyumbang hampir 60 peratus kes baharu COVID di seluruh dunia, kata Kluge.

    Pada masa yang sama, kes selesema semakin meningkat.

    Dengan gelombang baharu COVID itu, kematian dan kemasukan pesakit ke rawatan rapi tidak meningkat ke tahap yang sama seperti gelombang sebelumnya, dan WHO menekankan kaitan dengan kempen vaksinasi.

    “Vaksinasi kekal sebagai salah satu alat kami yang paling berkesan menentang selesema dan COVID,” kata Kluge, menggesa mereka yang layak untuk mendapatkan kedua-dua suntikan influenza dan penggalak COVID secepat mungkin.

    Hari ini, WHO juga menandakan hari Polio Sedunia, penyakit yang menyerang golongan muda yang menyebabkan kelumpuhan, dan hampir menghapuskan orang di dunia barat.
    Bagaimanapun, varian mutasi virus polio yang diperoleh daripada vaksin polio oral telah dikesan baru-baru ini di UK, Ukraine, Israel dan AS.

    Viulen tersebut kurang seperti virus semula jadi, namun varian ini boleh menyebabkan gejala yang teruk, seperti melumpuhkan anggota badan pada pesakit yang tidak divaksinasi.

    Walaupun jarang berlaku, varian tersebut telah menjadi kebiasaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kadar vaksinasi yang rendah dalam sesetengah komuniti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...