Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Busch rebut peluang atasi Reddick, Briscoe

    BRISTOL, TENNESSEE, 18 APRIL – Kyle Busch memenangi perlumbaan pertamanya musim ini kelmarin dengan mengatasi pendahulu ketika Tyler Reddick dan Chase Briscoe berlanggar semasa perlumbaan untuk merebut kemenangan.

    Busch menyamai rekod anggota Hall of Fame NASCAR, Richard Petty untuk kemenangan tahun berturut-turut pada usia 18 tahun.

    Tetapi keadaan keretanya jauh berbeza di Bristol berbanding enam minggu lalu apabila Alex Bowman menang di Las Vegas dan Busch yang marah sambil mengeluarkan kata-kata kesat bahawa Bowman ialah pelumba yang selalu kembali dan selalu mendapatkan kemenangan.

    Apabila tiba giliran Busch untuk merangkul kemenangan tersebut, dia tidak mempunyai masalah untuk mengumpul bendera perlumbaan tersebut.

    Reddick mengejar kemenangan Piala pertama dalam kariernya, mendahului 99 daripada 250 pusingan, dan menguasai perlumbaan daripada permulaan yang terakhir dengan baki 24 pusingan. Pihak trafik memberikan Briscoe peluang dan dia bertindak pada selekoh ketiga ketika dia cuba memintas masuk mengatasi Reddick.

    Tindakan tersebut berkesudahan sebaliknya dan kedua-dua kereta berpusing di luar kawalan dan Busch, yang memandu di tempat ketiga, melepasi mereka untuk kemenangan pertamanya.

    Busch menang buat kali kesembilan dalam Piala di Bristol, kali pertama dalam dua perlumbaan di litar dan pernah dicemuh oleh segelintir peminat yang menunggu selepas penangguhan dua hari disebabkan hujan yang mendorong perlumbaan pertama pada Easter Sunday sejak 1989 ditunda selama hampir empat jam.

    Reddick menduduki tempat kedua dan menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak berjaya menghalang Briscoe. Briscoe pula yang terlepas dua pusingan daripada kemenangan di tempat ke-22 segera berjumpa dengan Reddick di litar perlumbaan untuk meminta maaf. – AP

    Reaksi Kyle Busch selepas memenangi siri perlumbaan Piala NASCAR, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...