Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Calon PRU perlu dapatkan permit kempen

    LABUAN, 3 NOV – Polis Labuan menetapkan semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mendapatkan permit kempen pilihan raya pada 3 petang, Sabtu ini.

    Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata taklimat bersama-sama semua calon akan diadakan di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan.

    “Semua calon atau wakil mereka perlu mengemukakan rancangan kempen atau dokumen berkaitan untuk tujuan mengeluarkan permit di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bagi mengelakkan pertembungan lokasi kempen,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat penamaan calon di SK Sungai Lada di sini hari ini.

    Ahmad berkata seramai 326 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di pelbagai lokasi sepanjang tempoh PRU mulai 5 hingga 19 Nov.

    Beliau mengingatkan penyokong dan calon semua parti politik untuk mengelakkan provokasi sepanjang tempoh berkempen terutamanya ketika hari penamaan calon Sabtu ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...