Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ceramah motivasi tingkatkan keyakinan pelajar

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 26 SEPT – Dengan matlamat membantu para pelajar mempersiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan akan datang, seramai 180 pelajar dari Sekolah St Margaret, Seria telah menghadiri majlis solat Sunat Hajat dan ceramah motivasi, pagi tadi.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah pelajar, guru-guru, ibu bapa dan penjaga pelajar.
    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan doa khusus yang dipimpin Ketua Imam Masjid Seria, Haji Aminorddin bin Haji Mohd Yussof untuk memohon kepada Allah SWT agar memberkati para pelajar ketika mereka membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    Haji Aminorddin menjelaskan majlis itu merupakan anjuran jawatankuasa takmir masjid sebagai acara tahunan khusus untuk pelajar Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Student Progress Examination (SPE) dan GCE O Level.

    “Kami menjemput penceramah dan kaunselor dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor untuk menyampaikan ceramah motivasi bagi membantu membimbing dan memberi inspirasi serta kata-kata semangat kepada pelajar supaya mereka sentiasa tenang semasa menduduki peperiksaan kelak,” tambahnya.

    Haji Ali Yusri semasa menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar dari Sekolah St Margaret, Seria. – Gambar serahan Masjid Pekan Seria

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...