Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    China bantah pembangunan, pemilikan, penggunaan senjata biologi

    BEIJING, 7 APRIL – China tegas dengan pendiriannya bahawa semua senjata pemusnah besar-besaran perlu diharamkan dan dimusnahkan sepenuhnya termasuk senjata biologi, kata Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing.

    Beliau berkata China yang pernah menjadi mangsa senjata biologi ketika Perang Dunia II turut menentang pembangunan, pemilikan dan penggunaan senjata itu dalam apa jua keadaan.

    Ketika berucap dalam sidang Majlis Keselamatan PBB mengenai isu keselamatan biologi kelmarin, beliau menyatakan China menggesa negara pemilik senjata biologi untuk memusnahkan senjata itu secepat mungkin, selain meminta semua negara penandatangan Konvensyen Senjata Biologi mematuhi sasaran dan prinsip konvensyen berkenaan.

    “Situasi terkini dalam bidang biokeselamatan menunjukkan bahawa keutamaan adalah tertumpu kepada usaha untuk menyambung semula rundingan mengenai protokol pemeriksaan kepada konvensyen serta pembinaan mekanisme pemeriksaan pelbagai hala yang adil, bebas dan profesional.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...