Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    China raih emas pertama Olimpik

    BEIJING, 6 FEB – Melewati laluan sempit, melepasi selekoh tajam, mengelakkan potensi bencana dengan setiap pertukaran geganti.

    China memperoleh pingat emas pertama Sukan Beijing, memenangi penampilan sulung Olimpik dalam acara lari berganti-ganti berpasukan campuran dalam luncur laju trek pendek.

    Asia adalah sarang sukan yang dikenali sebagai roller derby di atas ais, walaupun suasana yang lazimnya riuh rendah kelmarin telah diredakan oleh sekatan COVID-19 di venue Olimpik.

    Namun, sebilangan kecil orang Cina dibenarkan berada di tempat duduk di Capitol Indoor Arena meraikan kemenangan bersejarah negara tuan rumah, menjerit di sebalik pelitup muka dan mengibarkan bendera kecil.

    Wu Dajing menewaskan Pietro Sighel dari Itali perbezaan .016 saat — atau separuh bilah skate — untuk meraih emas. Hungary memperoleh gangsa. Qu Chunyu, Fan Kexin and Ren Ziwei sertai Wu untuk kemenangan tersebut. “Ia sangat melegakan,” kata Wu. “Kini kami akhirnya merealisasikan impian kami pada hari pertama.”

    Keputusan ditangguhkan sementara pengadil menyemak perlumbaan. Kanada dihukum kerana menolak dari belakang dan menyebabkan pertembungan dengan Hungary pada lewat perlumbaan. Itu membolehkan China untuk mengukuhkan pendahuluan besar ke atas Itali menuju ke peringkat akhir perlumbaan. – AP

    Reaksi Wu Dajing meraikan ketika sampai di garisan penamat untuk memenangi pertandingan luncur laju trek pendek di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...