Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    China ucap tahniah atas kemenangan Putin

    BEIJING, 18 MAC – Sekutu utama Rusia, China mengucapkan tahniah kepada Presiden Vladimir Putin atas kemenangan pilihan rayanya kelmarin.

    Dengan 99 peratus stesen undi mengumumkan keputusan, data rasmi pilihan raya menunjukkan Putin mendapat 87.33 peratus daripada semua undi yang diterima, menurut agensi berita negara RIA.

    “China mengucapkan tahniah,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Lin Jian ketika ditanya mengenai pilihan raya itu pada sidang akhbar.

    “China dan Rusia adalah jiran terbesar antara satu sama lain dan rakan kerjasama strategik yang komprehensif dalam era baharu,” tambahnya.

    Ia adalah satu rekod kemenangan untuk Putin dalam pilihan raya presiden di mana beliau tidak menghadapi persaingan.

    Presiden Russia, Vladimir Putin berucap kepada media di ibu pejabat kempennya di Moscow kelmarin. – AFP

    “Kami mempercayai bahawa di bawah bimbingan strategik Presiden Xi Jinping dan Presiden Putin, hubungan China-Rusia akan terus bergerak ke hadapan,” kata Lin sambil menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

    Putin memuji Beijing dengan mengatakan beliau ‘pasti bahawa pada tahun-tahun akan datang, kami hanya akan mengukuhkan dan membina hubungan kami dan mencapai kejayaan bersama demi kepentingan rakyat China dan Rusia,” lapor agensi berita Rusia TASS.

    “Perkara yang paling penting ialah kepentingan-kepentingan negara yang sama. Ia mewujudkan suasana yang sangat baik untuk menyelesaikan masalah biasa dalam hubungan antarabangsa,” Putin dilaporkan sebagai berkata.

    “Struktur ekonomi China sedang berubah ke arah inovasi,” tambahnya.

    “Kami menghadapi tugas yang sama di Rusia,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...