Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    ‘Cari kaedah majukan demokrasi, lindungi individu’

    SEOUL, 18 MAC – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol kelmarin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama mencari kaedah bagi memajukan demokrasi dan melindungi keselamatan individu dalam penggunaan teknologi digital baharu.

    “Dengan rasa tanggungjawab yang mendalam, kita mesti bertukar-tukar pandangan dan menggabungkan kepakaran kita supaya kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang baru muncul dapat meningkatkan demokrasi selain memastikan keselamatan individu dan masyarakat,” katanya.

    Beliau membuat gesaan itu semasa permulaan persidangan peringkat menteri bagi Sidang Kemuncak Demokrasi ketiga yang dihoskan oleh Korea Selatan dengan tema ‘Demokrasi untuk Generasi Akan Datang,’ lapor agensi berita Yonhap.

    Yoon menekankan bahawa mesyuarat menteri bertemakan ‘AI, Teknologi Digital dan Demokrasi’ akan memberikan peluang kepada peserta untuk mendalami kedua-dua kelebihan dan cabaran yang ditimbulkan oleh teknologi digital.

    “AI dan kemajuan teknologi digital membawa visi manusia ke dalam dunia nyata di luar batasan masa dan ruang di dunia sebenar,” katanya.

    “Bagaimanapun, maklumat palsu dan salah yang dibantu oleh AI dan teknologi digital tidak hanya menjejaskan kebebasan individu dan hak asasi manusia tetapi juga membahayakan sistem demokrasi,” katanya.

    Sidang Kemuncak Demokrasi yang dilancarkan pada tahun 2021 dan dipelopori oleh Amerika Syarikat (AS) bertujuan untuk memperkukuh demokrasi dan menentang autoritarianisme di seluruh dunia. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...