Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Tikus ‘khayal’ makan ganja rampasan di ibu pejabat polis

    HOUSTON, 18 MAC – Ketika polis New Orleans merampas ganja, mereka tidak dapat menghalang ‘penghuni’ yang ada di dalam ibu pejabat itu daripada memakan barangan simpanan yang telah dirampas.

    Masalahnya bukan para pegawai yang menimbulkan masalah, sebaliknya tikus yang telah menghuni bangunan itu selama bertahun-tahun. “Tikus-tikus itu memakan ganja kami,” kata Anne Kirkpatrick, ketua polis di bandar selatan Amerika Syarikat (AS). Tikus-tikus itu semuanya jadi khayal,” tambahnya.

    Kirkpatrick memberikan kenyataan semasa bercakap di mesyuarat majlis bandaraya awal minggu ini, menurut media tempatan.

    “Tikus dan lipas telah lama merosakkan ibu pejabat jabatan polis, yang asalnya dibina pada 1968. “Bukan hanya di ibu pejabat polis. Tetapi di semua daerah. Kebersihan adalah amat teruk,” kata Kirkpatrick, menurut akhbar, Times-Picayune/New Orleans Advocate.

    “Pasukan pembersih layak mendapat anugerah kerana mencuba membersihkan apa yang tidak dapat dibersihkan,” tambahnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...