Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Chong Wei sambut kelahiran anak ketiga

    KUALA LUMPUR, 28 NOV – Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak damit ketiganya bersama isteri, Datin Wong Mew Choo, hari ini.

    Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsi khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan anak damitnya itu sebagai Anson.

    Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 Nov 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

    “Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” menurut Chong Wei dalam perkongsian itu.

    Ikon sukan badminton negara itu pada 2019, mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

    Sementara Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya. – Bernama

    Datuk Lee Chong Wei menyambut kelahiran anak damit ketiganya, Anson Lee bersama Datin Wong Mew Choo. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...