Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    City, Liverpool kembali bersaing rebut gelaran EPL

    MANCHESTER, 2 OGOS – Kelab-kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL) telah membelanjakan anggaran 1 bilion pound untuk mendapatkan pemain baharu menjelang pembukaan musim 2022/2023 Jumaat ini, namun juara bertahan, Manchester City kekal menjadi pasukan yang perlu ditewaskan.

    Setelah memenangi gelaran liga keempat dalam tempoh lima tahun, skuad kendalian Pep Guardiola telah diperkuatkan dengan kehadiran nama besar iaitu Erling Haaland pada musim panas ini.

    Penyerang Norway itu menjadi sasaran lima pasukan teratas Eropah selepas meledak 85 gol dalam 88 perlawanan bersama Borussia Dortmund dan kini mengikut jejak ayahnya, Alf Inge – bekas ketua pasukan City – dengan menyertai The Citizens.

    Haaland mungkin telah membuat penampilan sulung yang perlu dilupakan selepas terlepas peluang keemasan pada penghujung pertemuan semasa kekalahan 3-1 di Piala Perisai Komuniti di tangan Liverpool Sabtu lalu, namun Guardiola memberi amaran ‘gol akan menyusul’.

    “Tiada sebab untuk hilang keyakinan,” tambah Guardiola. “Apa yang telah dilakukan oleh pemain-pemain, bukan setakat di EPL, malah dalam aksi piala-piala, langkah yang kami lakukan di Eropah dan banyak lagi.”

    Aksi pemain tengah Liverpool, Fabinho cuba merampas bola daripada kawalan Kevin De Bruyne semasa pertemuan Piala Perisai Komuniti minggu lalu. Manchester City akan berusaha mempertahankan kejuaraan menjelang pembukaan musim 2022/2023 Jumaat ini.- AFP

    Jendela perpindahan kali ini menyaksikan perubahan penting di Etihad, dengan penyerang Argentina, Julian Alvarez dan pemain tengah England, Kalvin Phillips telah dibawa masuk.

    Namun Guardiola turut kehilangan beberapa pemain berpengalamannya kepada pasukan seteru di EPL, dengan Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko menyertai Arsenal manakala Raheem Sterling berpindah ke Chelsea.

    Sementara itu Liverpool berada di kedudukan terbaik untuk mengintai peluang sekiranya City tercicir.

    Liverpool telah menyusun semula bahagian serangan dengan kehadiran Darwin Nunez untuk menggantikan kehilangan Sadio Mane ke Bayern Munich.

    Nunez memberi impak segera dalam pertemuan di Piala Perisai Komuniti, berjaya meraih penalti dan kemudian menyumbang gol untuk The Reds pada babak akhir perlawanan.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...