Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    CNN tutup perkhidmatan penstriman 30 April

    NEW YORK, 22 APRIL – CNN akan menutup perkhidmatan penstriman baharunya pada minggu depan, baru sebulan selepas dilancarkan secara besar-besaran, umum rangkaian Amerika Syarikat (AS) semalam.

    CNN+ dianggap sebagai salah satu perkembangan terbesar dalam sejarah saluran televisyen tetapi akan ditutup pada 30 April.

    Keputusan itu diambil oleh pihak pengurusan baharu selepas bekas syarikat induk CNN, WarnerMedia, bergabung dengan Discovery untuk menubuhkan Warner Bros Discovery pada awal bulan ini, kata CNN Business.

    “Sementara keputusan hari ini adalah amat sukar, ia merupakan keputusan yang betul demi kejayaan jangka panjang CNN,” kata Chris Licht, presiden CNN, dalam memo

    kepada kakitangan, menurut New York Times.

    “Ia membenarkan kami menumpu semula sumber kepada produk teras yang menjadi fokus utama syarikat, iaitu mempertingkat kewartawanan CNN dan reputasinya sebagai pemimpin berita global.”

    CNN+ dilancarkan pada 29 Mac, dengan rangkaian itu melabur puluhan juta dolar dalam usaha sama dan melancarkan kempen pemasaran agresif ketika ia berusaha menembusi pasaran penstriman kompetitif. – AFP

    Gambar menunjukkan logo perkhidmatan penstriman CNN baharu CNN+ yang dilancarkan pada 29 Mac. Perkhidmatan penstriman jenama baharu itu akan ditutup pada 30 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...