Thursday, May 9, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Concepts Computer, Kingston Beverage & Creamery meterai MoU

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Sebagai usaha untuk menghargai pelanggan dan mempromosikan produk semasa musim perayaan, Concepts Computer dan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama yang berlangsung di Bilik Persidangan, Concepts Computer, Kiulap, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, menandatangani bagi pihak Concepts Computer ialah Eksekutif Jualan Kanan, Dayang Azalinah Tuah dengan saksi, Eksekutif Pemasaran, Awang Zul Abdul Rahman manakala itu, Kingston Beverage & Creamery diwakili oleh Pengurus Pemasaran dan Jualan, Kelvin Wong dengan saksi, Eksekutif Pemasaran, Kimberly Liew.

    Turut menghadiri semasa majlis berkenaan ialah Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao dan Pengawal Kewangan Concepts Computer, Alice Chan.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Vincent Pao menyatakan bahawa Concepts Computer mempunyai jumlah pelanggan yang besar dalam komuniti Muslim di Brunei, oleh itu, adalah bertepatan bagi pihaknya untuk bekerjasama dengan Kingston Beverage & Creamery untuk menyediakan kupon minuman percuma.

    Beliau menambah, selaras dengan usaha ke arah warga sihat, Concepts Computer akan menawarkan baucar bagi minuman bebas gula untuk mempromosikan pemakanan gula sihat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Sementara itu, Awang Zul menyatakan kupon minuman itu merupakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia mereka yang sentiasa menyokong Concepts Computer serta untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Melalui promosi berkenaan, bagi setiap pembelian lebih $200 dalam satu resit semasa Ramadan dan Syawal, kupon minuman percuma akan diberikan untuk menebus satu karton (24 tin) minuman ringan.

    Penebusan bagi setiap kupon percuma boleh dilakukan di pusat penebusan Kingston Beverage & Creamery di Beribi. Pusat penebusan Kingston mula beroperasi hari ini hingga hujung April.

    Concepts Computer juga sedang mengambil bahagian dalam Brunei Mega Sales, menawarkan pelbagai produk jenama termasuk Logitech dan Epson dengan harga tawaran istimewa.

    Dayang Azalinah dan Kelvin Wong semasa pertukaran MoU yang disaksikan oleh Kimberly Liew dan Awang Zul pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...