Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Pelajar IPT Sabah terima subsidi RM600 tiket penerbangan

    KOTA KINABALU, 25 MAC – Kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket-tiket penerbangan, kepada pelajar dari Sabah yang belajar di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata inisiatif itu melibatkan peruntukan RM10 juta dan subsidi itu boleh digunakan pelajar berkenaan pada bila-bila masa.

    “Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkaitan. Bantuan khas one off RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

    Hajiji (kiri), semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran rumah atas air Kampung Tanjung Batu Keramat pada 11 Mac. Beliau berkata inisiatif kerajaan Sabah terhadap pemberian subsidi kepada pelajar dari Sabah boleh digunakan pada bila-bila masa. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...