Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Conte yakin Lloris kekal di Spurs

    LONDON, 31 DIS – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menjangkakan Hugo Lloris akan kekal bersama kelab London itu.

    Kontrak penjaga gol Perancis itu akan berakhir hujung musim ini dan kapten Spurs itu akan dibenarkan untuk mengadakan perbincangan dengan kelab lain mengenai perpindahan secara percuma bermula esok.

    Penjaga gol berusia 35 tahun itu tiba di kelab Utara London dari Lyon pada Ogos 2012 dan Conte yakin Lloris akan kekal bersama Spurs.

    “Hugo adalah pemain Tottenham dan seorang kapten. Sudah pasti dia akan mengadakan perbincangan dengan kelab untuk mendapatkan jalan penyelesaian.

    “Saya rasa Hugo mahu kekal bersama kelab ini kerana dia menyayangi kelab ini dan berada dalam keadaan baik di Tottenham,” katanya.

    Conte juga mempertahankan Harry Winks apabila menyatakan pemain tengah itu akan kekal di Spurs meskipun jendela perpindahan pemain akan dibuka dua hari lagi.

    Winks diketepikan ketika di bawah bimbingan bekas pengurus Nuno Espirito Santo tetapi kembali membarisi pasukan utama sejak Conte mengambil alih kelab.

    “Winksy bermain dengan bagus. Dan Winks sudah menunjukkan dia boleh diharapkan. Atas sebab-sebab ini, Winksy akan kekal di sini,” kata Conte. – AFP

    Antonio Conte menjangkakan Hugo Lloris akan kekal bersama kelab Tottenham Hotspur. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...