Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cuaca aktif hingga 21 Nov

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Negara Brunei Darussalam diramalkan mengalami keadaan cuaca aktif bermula hari ini hingga 21 November yang disebabkan oleh pengaruh beberapa kawasan tekanan rendah di rantau ini yang menggalakkan pembentukan awan hujan dan meningkatkan aktiviti turunan hujan di Brunei.

    Jabatan Kaji Cuaca Negara Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dalam kenyataannya, hari ini, menyatakan kelajuan angin boleh meningkat sehingga 50kmsj semasa atau dekat hujan lebat atau ribut petir.

    Sementara itu, di perairan Brunei, keadaan laut berombak sedikit, antara 0.5 ke 1.0m dan dijangka meningkat bermula 19 November, ke paras sederhana sehingga 1.7m.

    Jabatan itu turut menyatakan Brunei masih berada di fasa peralihan monsun dengan kesan angin tempatan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian negara.

    Semasa tempoh peralihan itu, cuaca pada lazimnya cerah pada waktu pagi, manakala hujan dan ribut petir berlaku terutama di pedalaman pada sebelah petang serta bergerak ke kawasan persisiran dan laut pada waktu malam dan kadangkala berlanjutan sehingga awal pagi keesokan hari.

    BDMD menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku. Kejadian pokok tumbang dan tanah susur boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

    Terdapat risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

    Pemandu dan para pelaut dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh BDMD serta membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

    Maklumat cuaca terkini bolehlah didapati melalui aplikasi bimbit BDMD iaitu Brunei WX, atau hubungi Pusat Ramalan Cuaca, di talian 114 atau melayari laman sesawang, www.met.gov.bn atau melalui laman Facebook dan Instagram @bruneiweather.

    Negara Brunei Darussalam diramalkan mengalami keadaan cuaca aktif bermula hari ini hingga 21 November.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...