Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Cubaan seludup 984kg sisik tenggiling gagal

    HANOI, 13 JULAI – Empat warga Vietnam dijatuhkan hukuman penjara secara keseluruhan 18 tahun kerana menyeludup 984kg sisik tenggiling, menurut laporan media tempatan hari ini.

    Ia adalah salah satu kes terbesar perdagangan hidupan liar di negara itu setakat ini, menurut laporan Vietnam News.

    Antara yang ditahan ialah seorang wanita dari wilayah Vinh Phuc di bahagian utara, yang merupakan ketua dalam kes tersebut, dan telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, sementara seorang lagi wanita dari Hanoi dipenjara lima tahun kerana menjadi orang tengah. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...